// Cara-cara menggunakan "WINTOFLASH" untuk install Windows XP, Window Vista dan Windows 7
Home Artikel ICT Perisian Cara-cara menggunakan "WINTOFLASH" untuk install Windows XP, Window Vista dan Windows 7
Cara-cara menggunakan "WINTOFLASH" untuk install Windows XP, Window Vista dan Windows 7
Jumaat, 21 Mei 2010 15:51

Disediakan oleh : Wafaa Binti Mokhtar

Adakalanya bila CD/DVD-ROM rosak, anda perlu install Windows menggunakan pen drive. Malah pen drive juga lebih senang dibawa.
Anda boleh membuat pen drive pemasangan Windows ini dengan mudah menggunakan WinToFlash. Windows yang disokong termasuklah Windows XP, Windows Vista, dan Windows 7.
Apa yang anda perlukan adalah CD/DVD pemasangan Windows tersebut dan sebuah pen drive. Kemudian ikut langkah-langkah di bawah:

Cara-cara Menggunakan WinToFlash
• Download WinToFlash dan extract seperti biasa.
• Buka WinToFlash.
• Pada tab Task, pilih jenis Windows yang anda ingin masukkan ke dalam pen drive. Kemudian klik Run.

 


• Masukkan CD/DVD pemasangan Windows, dan nyatakan lokasinya pada ’setup file path’
• Masukkan pen drive, dan nyatakan lokasinya pada ‘USB Drive’


• License Agreement akan dipaparkan, jika ada. Pilih ‘I Accept’ dan klik Continue 

 


 
• Sebuah tetingkap akan dipaparkan menyatakan yang pen drive anda akan diformat. Klik OK.

 


 
• Proses menyediakan pen drive anda bermula. Apabila proses ini selesai, anda sudah boleh menggunakannya untuk install Windows.


 
Guna pen drive ini untuk install Windows seperti biasa. Jangan lupa untuk menetapkan boot sequence pertama kepada pen drive, supaya komputer dapat mengesannya sewaktu dihidupkan.

Sumber : http://sembangkomputer.com

 

 
/* remark */