// Pengenalan Kepada Window 7 Dan Kelebihannya.
Home Artikel ICT Perisian Pengenalan Kepada Window 7 Dan Kelebihannya.
Pengenalan Kepada Window 7 Dan Kelebihannya.
Rabu, 09 Jun 2010 23:01

Disediakan oleh : Anis Ruwaida Binti Abdul Hamid

 


 
Microsoft Windows 7 yang dilancarkan tahun 2010 dan windows 7 ini mempunyai banyak ciri baru, walaupun relatif masih sama dengan Windows Vista, tetapi di Windows 7 semua kemampuan yang ada di Windows Vista sudah disempurnakan. Pada Windows 7, walaupun Microsoft tidak banyak merombak paparan desktop, tetapi kemudahan yang ada lebih disempurnakan, juga dengan menu start yang semakin interaktif dan hidup. Selain itu tentu saja Microsoft telah menambah pelbagai ciri-ciri bermula daripada ikon sampai dengan paparan disetiap tetingkap. Windows 7 merupakan windows yang mempunyai antaramuka paling cantik setakat ini. Dari segi bootscreen, login screen, visual style, desktop dan wallpaper semuanya cantik.Walaupun Microsoft Windows 7 bukan merupakan suatu revoluasi tetapi tetap saja kehadirannya akan menggoncang sistem operasi dunia dimasa yang akan datang.

 

 

 

 

 

 


 
Windows 7 RC sangat ringan dan laju. Booting dan startup memang 4-5 kali lebih bagus daripada xp dan vista. Spesifikasi untuk menggunakan windows 7 pula tidak memerlukan komputer yang sangat canggih. Antara keperluan minimumnya adalah:
1GHz 32-bit or 64-bit processor
1GB of RAM
16GB of disk space (or 20GB for 64-bit users)
DirectX 9 graphics device with WDDM 1.0
Superbar membolehkan anda group similar windows dengan teratur, hanya tekan pada preview windows untuk masuk ke active windows. Taskbar menjadi lebih teratur dan kemas, serta canggih.
 

 

 

 

 


Windows Media Player 12 jauh kelihatan lebih cantik, dengan sokongan transparency serta fungsi2 lain. Menariknya, kita tidak perlu install apa-apa codec untuk memainkan format AVI contohnya menggunakan WMP12 ini.
 

 

 


Beza diantara Windows 7 versi 32bit (x86) dan 64bit (x64)


Majoriti pengguna Windows menggunakan windows 32 bit. Kebaikan menggunakan windows 7 32bit ialah anda hanya memerlukan minimum ram 1gig dan banyak perisian serta ‘games’ yang boleh dimainkan dan disokong di windows 32 bit. Kelemahannya pula ialah hanya mampu menggunakan RAM maksimum sehingga 4 gig sahaja.
Manakala windows 64 bit pula sangat jarang digunakan orang biasa, dan ianya popular di kalangan developer, tech savvy dan geeks. Windows 64 bit lebih stabil, bagus dari segi performance dan menyokong ram sehingga 8gig, 16gig malah 128gig ram. Namun, kekurangannya adalah memerlukan processor 64 bit, minimum ram 2gig dan banyak perisian dan ‘games’ tidak compatible di windows 64 bit.Untuk pengguna biasa, disarankan anda guna Windows 32-bit sahaja.
Berikut beberapa point penting dari pengujian yang dijalankan oleh para developer dalam sebuah persidangan Professional Developers Conference adalah seperti


Lebih Cepat dan Stabil daripada Vista

Windows 7 ini mempunyai prestasi yang lebih stabil daripada windows vista. Windows 7 juga lebih responsif dan lebih jimat dalam penggunaan baterei. Walaupun belum ada pernyataan rasmi mengenai spesifikasi minimum untuk dapat menggunakan windows 7, namun Steve menyatakan windows 7 hanya memerlukan peruntukan memori minima 1Gb saja.


Memilih Jaringan Wireless Hanya dengan 1 klik dari system tray


Ini dia salah satu kemudahan yang cukup penting dari windows 7. Langkah yang lebih praktikal dalam memilih rangkaian wireless. Dengan menggunakan Windows XP dan Vista, kita harus masuk control panel lah, masuk ke network connection, dan seterusnya sebelum membolehkan kita ke jaringan wireless.
 

 

 

 


Akan ada peringatan jika ada yang berubah dengan komputer anda


Saya pernah mengalami kebingungan saat saya secara tidak sengaja menguninstall salah satu program yang biasanya saya pakai. Salah satu ciri windows 7 yang dapat menyelesaikan masalah ini adalah dimana, sistem akan melaporkan jika terjadi perubahan terhadap komputer anda. Anda akan mendapatkan peringatan ketika terdapat perubahan pada sistem dan anda juga boleh setkan tingkat privasi tersebut. Mulai dari "tell me everything" sampai "don't tell me squad".


Library Akan Mengumpulkan System dengan Type yang sama


Saya pernah mengalami masalah dengan fail saya yang tidak teratur di My Document. Saya mempunyai masalah dalam mencari salah satu file kerja yang harus segera dikumpulkan. Maka terpaksa saya harus mencarinya di semua folder yang ada di My Document. Selain menggunakan fungsi ‘search’,ciri-ciri baru mereka ialah dengan adanya library yang akan mengorganisasikan dokumen anda berdasarkan type. Tidak kisah dimana letaknya dokumen tersebut. Sebagai contoh anda ingin menyenaraikan semua dokumen pdf sekalipun di D: / di my Document, atau di mana-mana harddisk oleh library widows 7.
 

 

 

 

Rujukkan :  http://jomphp.com/ulasan-mengenai-windows-7-rc.html
                    
http://jomphp.com/windows-7-dan-tips-penggunaannya.html

 
/* remark */