// Asas VoIP dan Jaringan tanpa wayar
Home Artikel ICT Rangkaian Asas VoIP dan Jaringan tanpa wayar
Asas VoIP dan Jaringan tanpa wayar
Jumaat, 26 Mac 2010 00:00

 

Disediakan Oleh : Muhamad Badrulisham Bin Md Desa

 

Asas VoIP
Oleh Eina Uzir

Walau bagaimana banyak teknologi internet terbaru, anda tidak perlu mahir untuk menggunakan VoIP (percakapan menerusi web). Namun begitu kejayaan anda menggunakan perantara baru ini adalah bergantung kepada pemilihan perkakasan yang betul, pengetahuan asas mengenai teknologi akan membantu dan kemampuan untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

VoIP membawa maksud "suara menerusi IP" di mana IP bermaksud protokol Internet, iaitu sebuah piawai penyiaran yang mengawal bagaimana maklumat dihantar menerusi internet. Walaupun IP menjayakan internet, tetapi penyiaran suara adalah agak kompleks.

Piawai IP memberikan keupayaan kepada sebarang komputer untuk memecahkan maklumat kepada paket digital data dan menghantar paket data kepada komputer lain yang juga menggunakan IP. Piawai lain iaitu TCP (Transmission Control Protocol) akan memeriksa paket-paket ini jika terdapat sebarang kerosakan dan memberitahu pengguna bahawa ia tidak boleh dihantar. Dengan itu kedua-dua piawai ini dirujuk sebagai TCP/IP.

Paket data terdapat dalam pelbagai saiz dan dihantar dalam cara padanan yang tersusun untuk sambungan rangkaian dan tidak berkaitan dengan kandungannya. Isyarat telefon menggunakan litar suis yang menyediakan laluan aliran maklumat secara berterusan dan tidak menurut paket data yang berasingan.

Siaran berasaskan paket tidak memberi masalah kepada fail data termasuklah rakaman yang dikendalikan untuk ditulis kepada CD-ROM. Segala bunyi akan dipecahkan kepada bit maklumat yang diagihkan menerusi beberapa paket dan dibentuk semula setelah diterima oleh penerima dan dibentuk kepada aliran bunyi. Jika rangkaian mengalami kesesakan maka siaran suara tersebut akan tertangguh dan ia akan terputus jika terlalu lama terhenti.

Jika fail bunyi tersebut besar maka ia akan mengambil ruang yang besar dalam talian internet dan mengakibatkan talian sesak. Dengan itu adalah lebih baik fail bunyi dihantar menerusi saluran 56Kbps dan mampatkan fail tersbeut sebelum menghantarnya.

Apabila hendak berhubungan dengan masa nyata (real-time) maka ia hendaklah mempunyai ciri yang hampir sama dengan penggilan telefon biasa. Dengan itu dua komputer yang bersambung hendaklah bersambung secara terus dan mampu menukar paket-paket data dengan pantas dan cekap.

Untuk menghasilkan kepantasan dan kecekapan yang dikehendaki, sebuah teknologi kecekapan rangkaian telah dibangunkan iaitu Asynchronous Transport Mode (ATM). Teknologi ini menyokong pelbagai kaedah perkhidmatan dan ia akan memberikan keutamaan kepada aliran bunyi atau suara berbanding dengan data apabila berlakunya kesesakan. ATM juga menggunakan paket yang kecil dan tetap berbanding dengan paket lain yang berubah-ubah.

Walaupun ATM mahal dan tidak selalu digunakan tetapi ia merupakan keadah yang baik untuk VoIP. Malah penggunaan ATM akan memudahkan dan meningkatkan penggunaan VoIP secara menyeluruh. Satu lagi pilihan untuk meningkatkan VoIP ialah penggunaan talian telefon biasa dalam sesetengah penghantaran menerusi rangkaian.

Sumber : http://jalalmpc.tripod.com/artikel01.htm

 

 

  

Jaringan tanpa wayar
Oleh Jalal

Bayangkan anda menggunakan PDA untuk membeli hadiah untuk isteri dan anak-anak ketika tersangkut di dalam kesesakan lalulintas. Anda juga boleh memeriksa e-mel ketika tiba di lapangan terbang sebuah negara asing. Capaian maklumat di mana sahaja dan pada bila-bila masa merupakan sebuah janji daripada rangkaian data tanpa wayar. Namun realiti tidak seperti yang dinyatakan.

Dalam dunia yang lebih nyata, anda akan mendapati bahawa anda akan berada di luar capaian rangkaian selular dan sistem e-mel tidak dapat dicapai kerana ia tidak disokong oleh negara asing tersebut. Secara realitinya terdapat banyak kelemahan dalam capaian tanpa wayar dan pengguna harus faham bahawa ia berbeza daripada satu rangkaian kepada satu rangkaian yang lain dan daripada satu peranti kepada satu peranti yang lain. Pengguna juga harus faham mengenai tugas penyedia perkhidmatan tanpa wayar dan hubungan mereka dengan pembawa talian tanpa wayar.

Terdapat dua kategori teknologi tanpa wayar iaitu LAN (local-area networks) atau rangkaian kawasan tempatan dan WAN (wide-area networks) atau rangkaian kawasan luas. Sebuah LAN tanpa wayar menyediakan capaian internet meliputi sebuah kawasan geografi yang kecil dan ia biasanya terhad kepada sebuah rumah atau bangunan. WAN tanpa wayar pula menyediakan capaian internet meliputi kawasan yang lebih besar seperti sebuah bandaraya atau negara.

Berhubungan tanpa wayar

LAN tanpa wayar boleh menjadi efektif dalam beberapa suasana. Dalam pejabat LAN tanpa wayar membenarkan pekerja bergerak dengan bebas di dalam bangunan. Tidak seperti LAN berwayar, para pekerja hanya terhad pada rangkaian dalaman termasuklah internet dan e-mel. Rangkaian tanpa wayar popular di dalam rumah yang mempunyai lebih daripada satu komputer bagi mengurangkan kos pemasangan wayar.

Lapangan dan hotel juga memasang LAN tanpa wayar. Dengan cara ini para pengguna boleh bersambung kepada internet dan memeriksa e-mel mereka semasa berada di dalam terminal kapal terbang. Antara lapangan terbang yang menggunakan LAN tanpa wayar ialah Philadelphia dan Dallas-Fort Worth.

Peranti berasaskan IEEE 802.11b juga semakin popular di pejabat dan kemudahan am. Standard yang disediakan boleh digunakan oleh syarikat-syarikat untuk membina peranti tanpa wayar yang serasi.

LAN tanpa wayar berkomunikasi menerusi titik capaian yang terdiri daripada penerima (transceiver) dan kad Ethernet. Titik capaian ini disambungkan kepada peranti tanpa wayar keapda rangkaian berwayar biasa. Peranti pengguna seperti komputer bimbit atau peribadi boleh disambungkan kepada LAN tanpa wayar menggunakan kad PC, kad PCI (Peripheral Component Interconnect), atau kad ISA (Industry Standard Architecture). LAN tanpa wayar menggunakan standard 802.11b yang berkelajuan sehingga 11Mbps dan rangkaian berwayar pada kelajuan 100Mbps atau lebih. Para pengeluar seperti 3Com (http://www.3com.com), Cisco (http://www.cisco.com), dan Avaya (http://www.avaya.com) mengeluarkan produk-produk tanpa wayar yang serasi 802.11b.

Di sebalik rangkaian tanpa wayar

CDPD

CDPD (Cellular Digital Packet Data) adalah rangkaian data tanpa wayar yang digunakan pada rangkain bersel analog yang sedia ada. Oleh kerana rangkaian ini memerlukan perkakasan tambahan maka CDPD tidak akan dapat meliputi keseluruhan kawasan perkhidmatan.

CDPD adalah rangkaian suis-paket di mana data dipecahkan kepada serpihan kecil dan dihantar menerusi rangkaian dan tiba di destinasi tanpa mengira susunan. Peranti tanpa wayar akan menerimanya dan menyusun semula paket-paket data tersebut. CDPD sentiasa berfungsi sepanjang masa dan anda tidak perlu mendail kepadanya untuk mendapatkan perkhidmatan dan pengguna akan dicaj menurut jumlah data yang dihantar. Kini kebanyakan CDPD banyak digunakan bersama PDA.

Rangkaian CDPD telah direka menuruti lakaran sebuah rangkaian tanpa wayar. Rangkaiannya berasaskan tiga komponen iaitu M-ES (Mobile End System), MDBS (Mobile Data Base Station), dan MD-IS (Mobile Data Intermediate System). M-ES adalah sebuah peranti seperti sebuah modem tanpa wayar untuk PDA. Modem tanpa wayar ini akan memantau status MDBS. Jika ia menerima isyarat "sibuk", modem tahu bahawa terdapat sebuah peranti sedang berkomunikasi dengan MDBS. Jika M-ES menerima isyarat "kosong" maka MDBS bersedia untuk menerima data dan ia akan berkomunikasi dengan MDBS. Apabila MDBS menerima isyarat daripada modem MDBS akan menghantar isyarat pendekod kepada modem untuk memberitahu bahwa data telah diterima. Jika modem tidak menerima isyarat pendekod maka ia akan menghantar semula maklumat tadi.

MDBS mempunyai sebuah modem tanpa wayar dan sebuah modul kawalan komputer. Setiap modul menyokong sehingga enam penerima tanpa wayar. Rekabentuk ini membenarkan MDBS menggunakan seberapa banyak penerima yang diperlukan pada setiap lokasi MDBS. Pada setiap lokasi MDBS ia akan bergabung dengan sebuah menara bersel analog di mana rangkaian tanpa wayar bermula.

Sebelum peranti meminta maklumat daripada rangkaian CDPD, ia akan ditentusahkan oleh MD-IS. MD-IS akan bertanggungjawab untuk mengetahui lokasi modem tanpa wayar pada setiap masa. Jika modem itu terkeluar daripada capaian MDBS, makan MD-IS akan memilih MDBS yang terdekat dan menggunakan modem pada kedudukan baru. MD-IS seterusnya akan memantau jumlah data yang dihantar atau diterima oleh pengguna. Rangkaian CDPD berkelajuan sehingga 19.2Kbps iaitu antara yang paling perlahan dalam sambungan dail-terus.

Inframerah

Inframerah membenarkan anda menghantar dan menerima maklumat daripada satu peranti kepada satu peranti yang lain dengan menggunakan cahaya. Kebanyakan PDA dan telefon bersel, notebook dan pencetak mempunyai port inframerah. Sesetengah PDA membenarkan anda menggunakan inframerah untuk berkomunikasi dengan pencerak atau telefon bersel.

Pusat pertukaran inframerah terhad kepada dua peranti sahaja dalam satu masa. Peranti yang lebih canggih seperti PDA dan notebook, mempunyai perisian dan perkakasan untuk menguasai peranti tersebut sementara pencetak dan telefon bersel adalah peranti yang kurang canggih. Peranti yang lebih canggih pasti akan menguasai sambungan inframerah.

Jika terdapat gangguan radio daripada peranti lain, port inframerah terganggu dengan sumber cahaya yang lain. Untuk mengurangkan gangguan port inframerah hendak mempunyai capaian 15 darjah sahaja. Tamabahan pula untuk mencapai port inframerah yang lain ia hendaklah berada di dalam ruang litup peranti lain.

Pemindahan inframerah adalah separuh dupleks, dan ini membolehkan hanya satu peranti sahaja bersambung pada satu masa. Setiap peranti mempunyai 500 milisaat untuk bersambung dan 500 milisaat untuk mendapat maklumbalas. Jika ia tidak berhubungan di dalam julat masa itu maka peranti itu dianggap tidak berfungsi.

Bluetooth

Bluetooth adalah sebuah teknologi yang menjanjikan banyak kebaikan tetapi ia masih kurang mendapat sokongan perisian dan keselamatan serta harga yang mahal. Bluetooth menyediakan komunkasi radio jarak pendek antara peranti Bluetooth. Contohnya sebuah fon telinga berasaskan Bluetoothboleh digunakan dengan telefon bersel yang disimpan dalam poket anda. Bluetooth menggunakan frekuensi spektrum 2.4GHz.

Sebuah rangkaian sambungan peranti-peranti Bluetooth dikenali sebagai "piconet" atau rangkaian pico. Satu peranti digunakan sebagai peranti utama dan ia akan menentukan frekuensi yang akan digunakan dalam seluruh rangkaian pico tersebut dan peranti lain dianggap sebagai peranti sekunder. Rangkaian pico adalah sebuah rangkaian "peer-to-peer" yang mana setiap peranti boleh menerima dan menghantar maklumat daripada sebarang peranti. Dengan itu sebuah peranti boleh menjadi rakan yang aktif dalam lebih daripada satu rangkaian pico. Jika lebih daripada satu rangkaian pico disambung maka ia akan dinamakan sebagai "scatternets".

Apabila sebuah peranti Bluetooth cuba bersambung dengan peranti Bluetooth yang lain ia akan mengeluarkan perintah dalam 16 bentuk frekuensi. Peranti yang berhampiran akan mengesan frekuensi setiap 1.28 saat dan mengimbas 32 jenis frekuensi. Apabila peranti berjaya menghasilkan sambungan dengan perantai lain mana ia akan mengambil masa kira-kira 0.64 saat bersambung.

Walaupun hampir kesemua rangkaian tanpa wayar serupa tetapi ketidakserasian rangkaian memerlukan perhatian yang lebih dalam penentuan kawasan yang diliputi. Ada diantara rangkaian direka untuk memberikan kelajuan dan capaian yang tinggi dan luas seperti CDPD dan Ricochet.

Sumber : http://jalalmpc.tripod.com/artikel02.htm

 

 

 
/* remark */