// Gentian Optik (Fiber Optic)
Home Artikel ICT Rangkaian Gentian Optik (Fiber Optic)
Gentian Optik (Fiber Optic)
Jumaat, 24 September 2010 20:04

DISEDIAKAN OLEH: NORFAIZAL BIN ABDUL RAHIM

 

PENGENALAN

Dalam sistem gentian optik, ia membawa isyarat dalam bentuk pancaran cahaya.Gentian ini sesuai digunakan bagi penghantaran pada jarak jauh. Gentian ini mempunyai kehilangan kuasa yang kurang. Terdapat tiga elemen utama dalam sistem komunikasi gentian optik iaitu sumber cahaya (pemancar), gentian optik dan pengesan cahaya (penerima).

Maklumat seperti suara, gambar atau data perlu ditukar dalam bentuk penukar analog ke penukar digital. Bagi penghantaran jarak dekat yang dekat adalah denagan menggunakan LED dan pada jarak yang jauh menggunakan solid state laser. LED dan solid state laser digunakan bagi menukarkan data atau isyarat isyarat analog kepada bentuk cahaya. 
 


Pada penerima, peranti kepekaan cahaya seperti photocell atau pengesan cahaya digunakan bagi mengesan cahaya dan ditukarkan ke isyarat elektrik. Isyarat elektrik tersebut akan dikuatkan dan ditukarkan kebentuk digital oleh shaper. Penyahkod akan menukarkan isyarat digital kebentuk analog bagi mendapat isyarat yang sebenar. Bagi penghantaran yang jauh unit,unit pengulang perlu digunakan. Sistem perhubungan gentian optik digunakan dalam penyambungan komputer pada satu bangunan yang besar, kapal terbang dan juga kapal.

 

PERBEZAAN DENGAN SISTEM KABEL BIASA


Gentian optik digunakan secara meluas disebabkan kelebihannya berbandin dengan sistem perhubungan kabel biasa. Gentian ini bukan sahaja mempunyai kos yanag murah malah ianya menydiakan perkhidmatan yanag tidak terdapat dalam teknologi lain.

Di antara kebaikan gentian optik adalah lebar jalur yang luas, saiz diameter yang kecil dan ringan, terhindar dari gangguan induktif, pemancaran berkualiti tinggi, kos pemasangan dan operasi yang murah, jangka hayat yang lama dan lebih selamat. 
 


1. LEBAR JALUR YANG LUAS

Gentian optik mempunyai lebar jalur yang luas. Oleh itu, ianya kerap digunakan sebagai antara muka penghantaran terutamanya pada perhubungan jarak jauh yang mempunyai kos ynag terhad. Lebar jalur yang luas membolehkan lebih banyak maklumat dapat dihantar melaluai gentian optik dalam bentuk kumpulan saluran yang banyak.


2. SAIZ DIAMETER YANG KECIL DAN RINGAN

Gentian ini mempunyai saiz sehalus sehelai rambut manusia. Gentian ini disaluti pembalut yang berfungsi sebagai perlindung. Saiz yang kecil membolehkan ianya diselitkan di bawah sdaluran yang saedia ada tanpa memerlukan saluran yang baru. Ianya bukan sahaja mempunyai kos yang murah malah penjimatan dari pengangkutan dan penyimpanan. Oleh itu, ianya lebih mudah dikawal dengan kabel sepaksi. 


3. TERHINDAR DARI GANGUAN INDUKTIF

Penghantaran melalui gentian optik bebas daripada hangar. Ini kerana, gentian optik tidak bersifat seperti antenna yang menerima gangguan frekuensi radio (RFI) dan gangguan elktromegnet (EMI atau EMPS). Gentian optik terhindar dari gangguan disebabkan oleh  pencahayaan yang membolehkannya terhindar dari gangguan tenaga elektrik. Oleh itu, ianya dapat beroperasi dalam persekitaran yang terdapat hangar elektrik seperti persekitaran nuclear.


4. PEMANCARAN YANG BERKUALITI TIGGI


Pemancaran yang dihasilkan berkualiti tinggi disebabkan gentian optik terhindar daripada hangar. Gentian ini menghasilkan sistem komunikasi yang berkualiti lebih tinggi berbanding talian penghantaran biasa dan gelombang mikro.


5. KOS PEMASANGAN DAN OPERASI YANG MURAH

Lebar jalur yang luas dan kurang kuasa kehilangan meningkatkan ruang ulangan. Oleh itu, ianya mengurangkan kos modal satah luaran. Semakin ringkas, semakin kurang kuasa diperlukan dan peralatan terminal mempunyai kebolehn yang lebih tinggi. Pemasangan gentian optik lebih mudah berbanding sistem talian penghantaran  disebabkan  gentian tidak memerlukan kesepadanan, penyejukan atau masalah persekitaran.


6. JANGKA HAYAT YANG PANJANG


Gentian optik mempunyai jangka hayat yang lama sehigga 20 ke 50 tahun berbanding kabel talian penghantaran lain yang hanya mampu bertahan selama 12 ke 15 tahun sahaja.


7. LEBIH SELAMAT


Gentian optik lebih selamat digunakan disebabkan hanya gelombang cahaya yang mengalir melaluinya dan bukannya tenaga elektrik. Jika berlaku kerosakan pada kabel gentian optik tiada masalah litar pintas berlaku. Kabel ini juga boleh diperbaiki dalam keadaan semua terminal dihidupkan.



 
 
/* remark */