// Photoshop vs. Illustrator
Home Artikel ICT Multimedia Photoshop vs. Illustrator
Photoshop vs. Illustrator
Rabu, 05 Mei 2010 14:42

Disediakan Oleh : Amir Azhar Bin Baharudin 

Seringkali soalan berkaitan perbandingan di antara Photoshop dan Illustrator ditanya oleh rakan-rakan. Antara bunyi soalannya adalah seperti ini,

“Mana lebih bagus, Photoshop atau Illustrator? Kalau nak buat design grafik, bagus guna photshop ke illustator?”

Jawapan saya adalah mudah, “soalannya salah atau tidak tepat”. Ini adalah kerana Photoshop dan Illustrator mempunyai fungsi dan tujuan yang berbeza. Saya memerlukan kedua-duanya sekali di dalam komputer saya. Ada fungsi yang tidak terdapat di dalam Photoshop dan boleh di dapati di dalam Illustrator.

Pada dasarnya, Photoshop adalah perisian raster/bitmap manakala Illustrator adalah perisian vektor. Photoshop seperti yang terpancar daripada namanya – Kedai Gambar, lebih menguasai di dalam bidang mengubah-suai foto atau imej. Jika, kita hendak menghasilkan komposisi foto atau imej (kombinasi imej, teks dan grafik), maka Photoshop adalah yang terbaik berbanding Illustrator. Filter yang terdapat di dalam Photoshop juga lebih banyak yang sesuai digunakan bagi tujuan pengubah-suaian foto atau imej.

2.png
Contoh Hasil Photoshop

Dengan fungsi-fungsi Photoshop yang terkini, kerja-kerja rekabentuk laman web serta pengubah-suaian foto dapat dilakukan dengan lebih mudah dan kurang bergantung kepada perisian lain.

Illustrator pula lebih sinonim dengan rekabentuk logo, penghasilan simbol atau ikon serta penyusunan layout – poster, brosur dan banner/bunting. Walau pun di dalam llustrator terdapat beberapa filter untuk imej raster/bitmap, adalah lebih baik jika pengubah-suaian tersebut dilakukan di dalam Photoshop (mungkin tidak semua, kalau sesuai boleh dibuat terus dalam Illustrator). Kelebihan Illustrator adalah mempunyai alatan dan fungsi yang boleh menghasilkan garisan-garisan (path) dan juga yang boleh membuat susunan-susunan layout terutamanya berkaitan dengan teks (taipografi).

Sekiranya anda menggunakan Illustrator, kemahiran menggunakan Pen Tool adalah satu kemestian. Macam tak lengkap kalau tak boleh membuat ilustrasi grafik menggunakan Pen Tool. Jika anda mahir dengan pen tool, ditambahkan pula dengan teknik tracing dan teknik mewarna menggunakan gradient (dan mesh gradient), anda boleh menghasilkan karya tracing vektor yang sungguh realistik.


Contoh Hasil Illustrator


Jadi, tiada persoalan mana lagi bagus jika nak dibandingkan antara Photoshop dan Illustrator. Mungkin kalau nak dibandingkan – Photoshop vs. Fireworks atau Illustrator vs. Corel Draw, itu boleh. Cadangan saya belajar kedua-duanya sekali untuk memaksimakan medium kreativiti anda bagi menghasilkan karya grafik yang lebih baik.

 

 
/* remark */