ITCC Official Portal

INFORMATION COMMUNICATION & TECHNOLOGY CENTRE

 facebook text transparent logo 23 Youtube Icon Transparent

LATARBELAKANG SEKSYEN PERKHIDMAT ICT
Secara umumnya Seksyen Perkhidmatan ICT ditubuhkan di dalam Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi bagi menguruskan perkhidmatan ICT melibatkan skop komputer, peranti , audio visual , khidmat pelanggan serta sokongan operasi di kampus Gambang . Semua staf adalah bertanggungjawab dalam merancang, menyokong dan memastikan skop kerja yang telah ditetapkan dipenuhi berdasarkan dasar, garis panduan dan pekeliling yang ditetapkan

Seksyen Perkhidmatan ICT terdiri daripada 2 bahagian :
i. Bahagian Kemudahan ICT dan Khidmat Pelanggan

  • Unit Pengurusan Audio Visual
  • Unit Pengurusan Komputer & Peranti 
  • Unit Pengurusan Khidmat Pelanggan 

ii. Bahagian PTMK UMP Gambang

 

OBJEKTIF SEKSYEN PERKHIDMATAN ICT
i. Memastikan kemudahan ICT di blok pentadbiran, blok kediaman pelajar, dewan kuliah, bilik kuliah, bilik mesyuarat , jabatan , fakulti dan makmal bagi kegunaan Universiti disediakan dan diselenggara dengan baik
ii. Memastikan semua aduan , cadangan dan bantuan teknikal diuruskan dan diselesaikan dalam tempoh waktu yang ditetapkan
iii. Memastikan pengurusan kemudahan peralatan ICT bagi program-program rasmi Universiti dilaksanakan dengan sempurna dan teratur.
iv. Melaksanakan sokongan perkhidmatan ICT berdasarkan Piagam Pelanggan