ITCC Official Portal

INFORMATION COMMUNICATION & TECHNOLOGY CENTRE

 facebook text transparent logo 23 Youtube Icon Transparent

LATAR BELAKANG

Seksyen Pengurusan Infrastruktur ICT bertanggungjawab dalam merancang, mengurus dan melaksanakan tugas-tugas berkaitan dengan infrastruktur ICT di UMP.

Seksyen ini terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu:

  • Bahagian Pengurusan Rangkaian
  • Bahagian Pengurusan Komunikasi dan Akses
  • Bahagian Pengurusan Pusat Data

 OBJEKTIF

  • Menyedia dan mengurus kemudahan dan perkhidmatan bagi infrastruktur ICT yang merangkumi rangkaian intranet, akses internet, keselamatan rangkaian, pusat data, telekomunikasi, CCTV serta kad akses untuk menyokong operasi universiti.
  • Memberikan khidmat nasihat teknikal bagi aspek infrastruktur ICT
  • Memastikan perkhidmatan infrastruktur ICT universiti beroperasi seperti yang digariskan di dalam piagam pelanggan PTMK.
  • Mengkaji, menganalisis dan mengimplementasi teknologi infrastruktur ICT terkini yang dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan dan operasi universiti.

PENYEDIAAN PERKHIDMATAN:

Perkhidmatan Rangkaian

  • Menyediakan kemudahan rangkaian ke seluruh kampus iaitu setiap kakitangan UMP mendapat satu talian data.
  • Memastikan perkhidmatan aplikasi intranet, internet dan telekomunikasi sentiasa beroperasi dengan baik
  • Menyediakan khidmat nasihat rangkaian, keselamatan dan telekomunikasi.
  • Meningkatkan kapasiti laluan internet berpandukan lebarjalur kepada setiap pengguna dan meningkatkan sistem rangkaian
  • Meningkatkan keupayaan rangkaian bagi menyokong operasi Universiti
  • Menyediakan perkhidmatan rangkaian serta menyelesaikan aduan daripada pengguna.

Perkhidmatan Keselamatan Rangkaian

  • Membekalkan dan meningkatkan kemudahan telekomunikasi (telefon & faks) untuk organisasi staf yang berkelayakan.
  • Memastikan keselamatan logikal, fizikal dan sistem telekomunikasi terjamin.
  • Memastikan perkhidmatan telekomunikasi sentiasa beroperasi dengan baik

Perkhidmatan Telekomunikasi

  • Menyediakan khidmat nasihat rangkaian, keselamatan dan telekomunikasi.
  • Menerima pakai sistem rangkaian terbuka dan telekomunikasi yang memenuhi piawaian yang diamalkan oleh industri.

Penyediaan Servis Kad Pintar

  • Sediakan system kawalan door access menggunakan kad pintar
  • Sediakan system pengawasan CCTV

Penyediaan Pangkalan Data dan Baikpulih

  • Bahagian server dan baik pulih telah diwujudkan pada pertengahan tahun 2006. Bahagian ini secara umumnya bertanggung jawab terhadap kesemua server dan pangkalan data yang berada di bawah jagaan Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi.
  • Bahagian ini merupakan tulang belakang kepada sistem aplikasi universiti kerana ianya menyokong sepenuhnya sebarang sistem yang dibangunkan bagi memastikan perjalanan aktiviti-aktiviti operasi setiap jabatan atau pusat beroperasi dengan baik dan lancar.