ITCC Official Portal

INFORMATION TECHNOLOGY & COMMUNICATION CENTRE

 facebook text transparent logo 23 Youtube Icon Transparent

Aluan Pengarah PTMK

 

 en roslan ptmk min

Assalamualaikum wrth.wbth

Alhamdulillah. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya laman portal rasmi Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (PTMK) dapat dipaparkan kepada umum. Kami sangat mengalu-alukan anda semua melayari portal Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (PTMK) ini bagi mendapatkan informasi terkini perkembangan dunia ICT.

Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (PTMK) telah ditubuhkan pada Februari 2007 seiring dengan penubuhan UMP yang dahulunya dikenali dengan KUKTEM.  PTMK bertanggungjawab menjalankan program pembangunan dan penawaran perkhidmatan ICT di kalangan warga UMP. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah berbentuk latihan, bengkel, membaikpulih peralatan ICT dan sebagainya.

Kami berharap dengan kewujudan portal ini dapat memberi informasi lebih lanjut mengenai PTMK.  Pihak kami juga turut mengalu-alukan pandangan dan sumbangsaran yang membina agar kami dapat meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan  kami.

Terima kasih

ENCIK ROSLAN BIN AWANG ABDUL RAHMAN
PENGARAH PTMK