// Bahagian Rangkaian & Telekomunikasi (NeT)
Home Pengenalan Bahagian Rangkaian & Telekomunikasi
Bahagian Rangkaian & Telekomunikasi (NeT)
Isnin, 11 Mei 2009 18:08

 

Carta organisasi Bahagian Rangkaian & Telekomunikasi


 

 

1.0   PENDAHULUAN
Bahagian ini  Bahagian ini bertanggungjawab dalam merancang ,mengurus dan melaksanakan tugas-tugas berkaitan rangkaian dan telekomunikasi UMP.

 

 
2.0   OBJEKTIF Bahagian Rangkaian & Telekomunikasi
Objektif penubuhan bahagian rangkaian dan telekomunikasi adalah untuk : 
·         Meningkatkan keupayaan rangkaian bagi menyokong operasi universiti.
·         Memperluas tulang belakang gentian optik yang ada.
·         Menyediakan kemudahan rangkaian ke seluruh.
·         Menerima pakai sistem rangkaian terbuka dan telekomunikasi yang memenuhi piawaian yang diamalkan oleh industri.
·         Meningkatkan kapasiti laluan internet berpandukan lebarjalur kepada setiap pengguna dan   meningkatkan sistem rangkaian.
·         Menyediakan khidmat nasihat rangkaian, keselamatan dan telekomunikasi.
·         Memastikan perkhidmatan aplikasi intranet, internet dan telekomunikasi sentiasa beroperasi dengan.
·         Memastikan keselamatan logikal, fizikal dan sistem telekomunikasi terjamin.
·         Membekalkan dan meningkatkan kemudahan telekomunikasi (telefon & faks) untuk organisasi staf yang berkelayakan.
 
 
3.0   TANGGUNGJAWAB/SKOP KERJA
Bahagian Rangkaian & Telekomunikasi bertanggungjawab untuk : 
i.      Memantau & Menyelenggara perkhidmatan rangkaian
ii.     Menyedia & Menyelenggara perkhidmatan telekomunikasi
iii.    Memantau dan menyelenggara keselamatan rangkaian
iv.    Merancang dan menaiktaraf prasarana rangkaian
 
 
4.0   UNIT-UNIT DALAM BAHAGIAN RANGKAIAN &  Telekomunikasi  
Bahagian ini terbahagi kepada lima unit utama iaitu :  
i.      Unit Pengurusan & Penyelenggaraan Rangkaian Staf
ii.     Unit Pengurusan & Penyelenggaraan Rangkaian Pelajar
iii.    Unit Perancangan & Pembangunan Rangkaian
iv.    Unit Pengurusan & Penyelenggaraan Telekomunikasi
v.     Unit Pengurusan Keselamatan Rangkaian & Governan
 
4.1   Unit Pengurusan & Penyelenggaraan Rangkaian Staf
·         Unit Pengurusan & Penyelenggaraan Rangkaian Staf bertanggung jawab sepenuhnya di dalam memastikan rangkaian UMPNet berada di dalam keadaan yang baik.
·         Antara skop tugasan bagi unit ini ialah:
i.              Menyelesaikan aduan yang bekaitan dengan ganguan rangkaian daripada staf UMP.
ii.             Memantau dan menyelenggara peralatan rangkaian agar sentiasa berada dalam keadaan yang baik supaya tidak mengganggu proses kerja.
iii.            Pengurusan perolehan peralatan rangkaian bagi memastikan keperluan rangkaian sentiasa memenuhi permintaan pengguna dan seterusnya dapat melancarkan proses kerja.
 
4.2   Unit Pengurusan & Penyelenggaraan Rangkaian Pelajar
·         Unit Pengurusan & Penyelenggaraan Rangkaian Pelajar juga adalah bertanggung jawab sepenuhnya di dalam memastikan rangkaian UMPNet berada di dalam keadaan yang baik.
·         Antara skop tugasan bagi unit ini ialah:
i.              Menyelesaikan aduan yang bekaitan dengan ganguan rangkaian daripada pelajar UMP ini adalah termasuk tempat kediaman pelajar.
ii.             Memantau dan menyelenggara peralatan rangkaian agar sentiasa berada dalam keadaan yang baik untuk memberi kemudahan melayari internet /intranet kepada setiap pelajar.
iii.            Pengurusan perolehan peralatan rangkaian bagi memastikan keperluan rangkaian sentiasa memenuhi permintaan pengguna dan seterusnya dapat melancarkan proses kerja.
 
4.3   Unit Perancangan & Pembangunan Rangkaian
·         Unit Pengurusan & Penyelenggaraan Rangkaian Pelajar juga adalah bertanggung jawab sepenuhnya di dalam memastikan rangkaian UMPNet berada di dalam keadaan yang baik.
·         Antara skop tugasan bagi unit ini ialah:
i.              Membuat perancangan menaiktaraf prasarana rangkaian bagi memastikan keperluan rangkaian sentiasa memenuhi permintaan pengguna dan seterusnya dapat melancarkan proses kerja.
ii.             Membangunkan dan memasangan talian rangkaian dan telekomunikasi di PTJ mengikut keperluan dan permintaan.
 
4.4   Unit Pengurusan & Penyelenggaraan Telekomunikasi
·         Unit Pengurusan & Penyelenggaraan Telekomunikasi adalah bertanggung jawab sepenuhnya di dalam memastikan talian telefon dan faks sentiasa memenuhi keperluan proses kerja pengguna UMP.
·         Antara skop tugasan bagi unit ini ialah:
i.              Menyelesaikan aduan yang bekaitan dengan ganguan telekomunikasi (telefon/fax) daripada daripada pengguna.
ii.             Memantau dan menyelenggara peralatan telekomunikasi (telefon/fax)  agar sentiasa berada dalam keadaan yang baik supaya tidak mengganggu proses kerja.
iii.            Pengurusan perolehan peralatan telekomunikasi bagi memastikan keperluan telekomunikasi (telefon/fax) sentiasa memenuhi permintaan pengguna dan seterusnya dapat melancarkan proses kerja.
iv.            Menjalankan pemasangan talian telekomunikasi (telefon/fax) di PTJ mengikut keperluan dan permintaan.
 
 
4.5   Unit Pengurusan Keselamatan Rangkaian & Governan
·         Unit Pengurusan Keselamatan Rangkaian & Governan juga adalah bertanggung jawab sepenuhnya di dalam memastikan Keselamatan rangkaian UMPNet berada di dalam keadaan yang baik.
·         Antara skop tugasan bagi unit ini ialah:
i.              Menyelesaikan aduan yang bekaitan dengan ganguan keselamatan rangkaian daripada pengguna rangkaian UMP ini adalah termasuk staf dan pelajar atau pengguna luar.
ii.             Memantau dan menyelenggara peralatan keselamatan rangkaian agar sentiasa berada dalam keadaan yang baik untuk memberi kemudahan melayari internet /intranet kepada semua pengguna.
iii.            Membuat perancangan menaiktaraf prasarana keselamatan rangkaian bagi memastikan keperluan keselamatan rangkaian sentiasa memenuhi permintaan pengguna dan seterusnya dapat melancarkan proses kerja.
iv.            Pengurusan perolehan peralatan keselamatan rangkaian bagi memastikan keperluan keselamatan rangkaian sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
/* remark */