// Bahagian Pentadbiran & Kewangan
Home Pengenalan Bahagian Pentadbiran & Kewangan
Bahagian Pentadbiran & Kewangan


Carta Organisasi Bahagian Pentadbiran dan Kewangan  


 

1.0       PENDAHALUAN

 

Bahagian ini bertanggungjawab dalam merancang, mengurus dan melaksanakan tugas-tugas berkaitan pengurusan Pentadbiran dan Kewangan PTMK.


2.0
       OBJEKTIF PENUBUHAN

Objektif penubuhan bahagian ini adalah bertujuan untuk :

  1. Memastikan perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan jabatan dilaksanakan dengan cekap dan berkualiti mengikut dasardan peraturan yang telah ditetapkan.

     

  2. Memastikan Pengurusan Kewangan dan Belanjawan jabatan dilaksanakan dengan baik dan sempurna mengikut peraturan dan pekeliling yang telah ditetapkan.

     

  3. Menyokong semua bahagian-bahagian utama di PTMK dalam melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti jabatan.
     


3.0 
     TANGGUNGJAWAB/SKOP KERJA

 

Secara amnya bahagian ini bertanggungjawab untuk :

 

 

  1. Menyediakan prasarana ICT, peralatan dan perkakasan serta bantuan pengguna kepada staf / pelajar Universiti.

  2. Meningkatkan penyediaan kemudahan fasiliti ICT di Universiti dan memberikan latihan dan kemahiran ICT kepada organisasi dan orang awam.

  3. Menyediakan server dan sistem pengurusan pangkalan data bersepadu bagi semua capaian sistem aplikasi.

  4. Menyediakan prasarana rangkaian, telekomunikasi yang kondusif untuk warga kampus bagi menjalankan aktiviti dan kerja Universiti.

  5. Menyediakan perkhidmatan ICT di UMP kampus Pekan.


4.0        UNIT-UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan terbahagi kepada 2 unit utama iaitu :-

 

  1.  Unit Pentadbiran Am 

  2.  Unit Kewangan


1.     Unit Pentadbiran Am

 

Unit Pentadbiran merupakan sebuah unit yang merancang, menyediakan mengurus, menyelaraskan dan melaksanakan aktiviti berkaitan pentadbiran am PTMK.  Ini termasuklah;

  1. Pentadbiran Am.
  2. Pengurusan Mesyuarat Pengurusan, ICT Council dan lain-lain.
  3. Pengurusan Perabot dan Kenderaan.
  4. Pengurusan Sumber Manusia.
  5. Urusan Fail dan Rekod

 

2.     Unit Kewangan

 

Unit Kewangan bertanggungjawab merancang, menyediakan, menyalaras dan melaksanakan aktiviti berkaitan kewangan PTMK. Ini termasuklah;

  1. Penyediaan belanjawan
  2. Pemantauan perbelanjaan
  3. Urusan Pengeluaran Pesanan Tempatan
  4. Pengurusan Aset dan Inventori
  5. Perolehan

 

 

 
/* remark */