// Sistem Maklumat
Home Perkhidmatan Sistem Maklumat
Sistem Maklumat
Isnin, 01 Februari 2010 13:32

Sistem Maklumat Staf

Sistem Maklumat Staf (SMS) adalah satu sistem yang digunakan oleh pihak universiti di dalam hampir semua urusan yang melibatkan staf dan lain-lain pihak berkepentingan. SMS mengandungi merangkumi butir-butir diri dan keluarga, maklumat kelayakan akademik, rekod perkhidmatan di mana penggunaan aplikasi ini akan membantu pihak pentadbiran universiti menjalankan proses pentadbiran dengan lebih berkesan di samping meningkatkan keupayaan pengurusan di dalam menguruskan maklumat dengan lebih cepat, cekap dan sistematik. Buat masa ini, maklumat-maklumat ini boleh dicapai serta dikemaskini mengikut keperluan pengguna melalui internet dan intranet. Capaian terhadap segala maklumat yang disediakan di dalam SMS adalah berasaskan kebenaran yang diberikan kepada pengguna UMP yang berdaftar yang mempunyai katanama dan katalaluan tersendiri yang diberikan.
 
Sistem capaian utama di bawah sistem maklumat staf adalah seperti berikut:
i.           IMS Human Resource and Administration
ii.          E-Community Staf
iii.         E-Learning (Pesyarah)
 
 
Sistem Maklumat Pelajar

Sistem Maklumat Pelajar (SMP) adalah satu sistem yang digunakan oleh pihak universiti di dalam hampir semua urusan yang melibatkan pelajar. SMP mengandungi berbagai-bagai maklumat yang berkaitan dengan pelajar seperti maklumat asas pelajar,maklumat akademik serta maklumat kursus dan gred.

Sistem capaian utama di bawah sistem maklumat pelajar adalah seperti berikut:
  • IMS Student
  • E-Community Student (Pelajar, Ibubapa)
  • E-Learning (Pelajar)
 

Sistem Maklumat Akademik

Sistem Maklumat Akademik (SM)A adalah satu sistem yang digunakan oleh pihak universiti di dalam hampir semua urusan yang melibatkan pelajar. SMA mengandungi berbagai-bagai maklumat yang berkaitan dengan pelajar seperti maklumat akademik, maklumat kursus, jadual waktu dan pendaftaran subjek. Buat masa ini, maklumat-maklumat ini boleh dicapai serta dikemaskini mengikut keperluan pengguna melalui internet dan intranet. Capaian terhadap segala maklumat yang disediakan di dalam SMA adalah berasaskan kebenaran yang diberikan kepada pengguna UMP yang berdaftar yang mempunyai katanama dan katalaluan tersendiri yang diberikan.
 
Sistem capaian utama di bawah sistem maklumat akademik adalah seperti berikut:
  • IMS Student (Akademik)
  • E-Community Student (Pelajar, Pensyarah)
  • E-Learning (Pelajar, Pensyarah)
 
Sistem Maklumat Penyelidikan

Sistem Maklumat Penyelidikan (SMR) adalah satu unit baru yang ditubuhkan bagi memfokuskan kepada sistem aplikasi di bawah Jabatan Penyelidikan dan Inovasi (JP&I) yang berinteraksi secara langsung dengan Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi dan fakulti yang ingin membangunkan sistem penyelidikan. Buat masa ini, beberapa modul sistem penyelidikan telah dibangunkan pada tahun 2008 dan dijangka siap dalam tahun 2010.  Diharapkan penggunaan sistem SMR ini akan melicinkan lagi proses pentadbiran dengan lebih berkesan di samping meningkatkan keupayaan pengurusan di dalam menguruskan maklumat dengan lebih cepat, cekap dan sistematik.
 
Sistem capaian utama di bawah sistem maklumat penyelidikan adalah seperti berikut:
 
  • Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti.
  • Sistem Maklumat Pameran.
  • Sistem Maklumat Geran Penyelidikan.
 
Sistem Maklumat Kewangan
 
Sistem Maklumat Kewangan (SMK) adalah satu sistem yang digunakan oleh pihak universiti di dalam hampir semua urusan yang melibatkan staf, pelajar, vendor dan lain-lain entiti luar. SMK mengandungi merangkumi maklumat-maklumat perakaunan seperti pembelian, penerimaan, pembayaran, perolehan dan sebagainya. Penggunaan sistem SMK ini akan melicinkan lagi proses pentadbiran dengan lebih berkesan di samping meningkatkan keupayaan pengurusan di dalam menguruskan maklumat dengan lebih cepat, cekap dan sistematik. Buat masa ini, maklumat-maklumat ini boleh dicapai serta dikemaskini mengikut keperluan pengguna melalui internet dan intranet. Capaian terhadap segala maklumat yang disediakan di dalam SMK adalah berasaskan kebenaran yang diberikan kepada pengguna UMP yang berdaftar yang mempunyai katanama dan katalaluan tersendiri yang diberikan.
 
Sistem capaian utama di bawah sistem maklumat staf adalah seperti berikut:
  • IMS Financial
  • E-Community Staf (Maklumat Pembayaran Gaji, Tuntutan dll)
 
 
/* remark */