PTMK - Official Portal

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi

Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (PTMK), Universiti Malaysia Pahang dikenali sebagai Pusat Teknologi Maklumat (IT Centre) pada awal penubuhannya pada tahun 2003. Selaras dengan objektif dan peranan PTMK sebagai pusat yang menyokong seluruh aktiviti kerja yang berkaitan ICT di UMP, nama ICT Centre telah ditukar kepada Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi pada tahun 2006. PTMK bertanggungjawab menyediakan prasarana ICT, rangkaian, telekomunikasi, peralatan dan perkakasan yang kondusif untuk seluruh warga universiti.