KERJA-KERJA MIGRASI PENYEDIA PERKHIDMATAN INTERNET UMP

KERJA-KERJA MIGRASI PENYEDIA PERKHIDMATAN INTERNET UMP

Bahagian Infrastruktur Digital PTMK bersama pihak penyedia perkhidmatan internet (ISP) TM One telah pun selesai membuat kerja-kerja berkaitan migrasi internet di UMP pada 30 Mac 2021.

Kerja-kerja awal pertukaran penyedia perkhidmatan internet UMP telah bermula sejak 19 Mac 2021 merangkumi fiber optic termination, fiber test dan equipment configuration. Kerja-kerja major sedang bermula pada hari ini (27 Mac 2021) yang merangkumi kerja-kerja konfigurasi dan pengujian penyambungan IP VPN antara kampus Gambang dan kampus Pekan dan juga esok (28 Mac 2021) untuk akses internet lease line di kedua-dua kampus.

Sepanjang kerja-kerja ini dijalankan, akan terdapat gangguan akses ke intranet, internet dan sistem telekomunikasi secara berperingkat di keseluruhan kampus UMP Gambang dan Pekan. Output dari aktiviti ini adalah ketersediaan akses jalur lebar internet dan intranet antara kampus yang lebih tinggi di kedua-dua kampus sekaligus dapat mengekalkan kelestarian perkhidmatan ICT kepada warga UMP dan memenuhi target yang telah ditetapkan di dalam pelan strategik ICT UMP (ICT25).

Progres kerja-kerja migrasi perkhidmatan internet yang dijalankan boleh dilihat secara keseluruhan di Facebook page rasmi PTMK.

 

Lihat galeri penuh >> facebook icon KERJA-KERJA MIGRASI PENYEDIA PERKHIDMATAN INTERNET UMP

Print   Email