Previous Next

PROJEK TRANSFORMASI PUSAT DATA UMPSA

Perkakasan server mula digunakan bermula awal penubuhan UMPSA sehingga sekarang. Bermula tahun 2017 hingga tahun 2020, hampir 90% perkakasan server di Pusat Data UMPSA telah mencapai status usang (obsolete) dan tiada sokongan alat ganti dari pengeluar peralatan tersebut.

Penggunaan server yang telah usang dan tiada sokongan dari pihak pengeluar sangat berisiko kerana jika berlaku kerosakan boleh melumpuhkan operasi di UMPSA terutamanya yang melibatkan penggunaan perkhidmatan di dalam talian seperti e-community staf & student, portal, IMS dan aplikasi-aplikasi yang di hosting di Pusat Data UMPSA.

Di dalam pelan strategik UMPSA 2020 – 2025 , UMPSA menetapkan strategik ke-5 iaitu Kecemerlangan Ekosistem Universiti Mengamalkan persekitaran kerja yang inovatif dan cemerlang. Salah satu inisiatif di dalam strategik ke-5 ini adalah pemodenan keupayaan infrastruktur ; Ketersediaan Infrastruktur Pusat Data dan Pusat Pemulihan Bencana ICT untuk operasi UMPSA. Alhamdulillah, dengan sokongan yang kuat dari pengurusan universiti, perkakasan server yang telah mencapai status usang ini telah digantikan sepenuhnya dengan perkakasan yang baru dan terkini.

Projek penggantian peralatan pusat data yang usang ini telah diberi tanggungjawab kepada Bahagian Infrastruktur Digital PTMK yang di ketuai oleh En Mohd Rashid Bin Abu Bakar untuk melakukan tranformasi Pusat Data UMPSA. Bermula dengan kick-ff meeting projek pada awal bulan Januari 2021 , pemasangan dan konfigurasi peralatan pada bulan Februari 2021 dan projek sign-off pada awal bulan Mac 2021. Kesemua aktiviti dapat dilaksanakan mengikut perancangan projek.

Teknologi terkini yang digunapakai di Pusat Data UMPSA dikenali sebagai Hyper Converged Infrastructure (HCI) adalah gabungan antara komputer (compute), penyimpanan (storage), dan rangkaian (networking) menjadi satu solusi sistem berpusat. Manfaat disebalik HCI ini adalah kos yang lebih efisyen , perlindungan & pemulihan data yang sangat baik jika berlaku bencana dan mudah untuk diurus kerana rekabentuk HCI adalah flexibility dan automated infrastructure. Satu lagi target pelan strategik ICT UMPSA telah tercapai pada tahun 2021.

Tahniah kepada semua pasukan yang bekerja keras siang dan malam untuk menjayakan projek ini. Semoga dapat dimanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi ini buat semua warga UMPSA.

 

Lihat galeri penuh >> facebook icon PROJEK TRANSFORMASI PUSAT DATA UMP